31
Jan

Salam sejahtera semua. Anda masih ingat lagi dengan filem Iron Man yang telah ditayangkan pada 30 April 2008? Kini kita bakal dikejutkan lagi dengan kehadiran sekualnya iaitu Iron Man 2 yang akan menjengah pawagam di Malaysia pada 30 April tahun ini. Erkkk! Tarikh yang sama dengan filem yang pertama cuma berlainan tahun saja. Dirancang atau kebetulan, itu yang kita tak tau. huhu. Melalui gambar di atas,anda akan dapat lihat Iron Man kedua berwarna hitam yang merupakan kejutan yang akan bakal kita saksikan dalam sekualnya.

Mengimbas kembali dalam filem pertamanya,ia dibarisi tonggak utama seperti Robert Downey Jr. ( Tony Stark) dan Gwyneth Paltrow ( Pepper Potts). Kisah bermula dengan Tony Stark seorang jutawan pengeluar senjata terbesar US yang mempunyai kilang sendiri membuat demo untuk senjata baru keluarannya iaitu ‘Jericho’ di Afghanistan. Selesai saja demo dia diserang hendap oleh puak pemberontak dan diculik serta dijadikan tahanan mereka. Selepas itu perjalanan kisah hidup Tony Stark berubah. Untuk kisah lanjut,anda patut lihat sendiri filem ini sehingga habis. Sungguh dramatik. Grafik 3D yang begitu mengagumkan berserta kesan efek khas yang unik.

Filem sekualnya memang aku tunggu-tunggu. Tak sabar rasanya menghitung hari untuk pergi menonton di pawagam bersama orang tersayang. hehe. Untuk filem pertamanya,aku bagi 5 bintang. \(^o^)/ Sampai aku tengok 3 kali sebab nak dapatkan ‘feel’ tu. Ternyata berbaloi mononton berulang-ulangkali. Harapan aku untuk sekualnya, biarlah mantop dan sukses. Di sini,aku nak berkongsi dengan anda semua sedikit gambar dan video ‘trailer’ untuk sekualnya. Aku dah tengok ‘trailer’ tersebut… apa yang dapat aku simpulkan….sangat mengujakan. Makin buat aku tak sabar nak tonton filem Iron Man 2 ni. Bulan April….datanglahhhh. hehe ;p

Trailer Iron Man 2

P/S: Klik sebelah ini untuk pergi ke laman rasmi -> Iron Man 2

P/SS: OST Iron Man untuk yang mencari dari Ramin Djawadi – Driving With The Top Down

P/SSS: Poster rasminya,cun -> Iron Man 2

Bookmark and Share
Blog Widget by LinkWithin

12 Responses to “Penantian Iron Man 2”

  1. waaa!!ada IRON MAN 2 daa ker..erm best nie..

  2. yup. 30 April ni. Kasi gegar wayang. Filem wajib tengok. hehe
    finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2 My ComLuv Profile

  3. hahahah..mesti tgk ni..wajib yg no 1 dah tgk tiga kali gak..keh keh keh..yg ni harap2 boleh layan sampai 3 kali
    KakiJC´s last blog ..Jersey Bola Sepak WORLD CUP 2010-Ready Stock My ComLuv Profile

  4. Tu la,hrp2 meletop la sekualnya ni. Iron man….tunggu! hehe
    finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2 My ComLuv Profile

  5. la…xtahu la plak…

    kenapa2 hero semua berwarna merah…? bila ada warna merah, mesti nk gandingkan dgn warna hitam…hahaha…spiderman pun sama…

    iron man hitam tu jahat ke…?

  6. mmg xsaba nak tgk, scarlet johanson pun ade. perghh!

  7. mengikut dlm ‘trailer’ kt atas ni,iron man itam tu sahabat baik Tony Stark. Ia gandingan mantap utk menghapuskan musuh yg durjana.

  8. Jom,menghitung hari bro…

  9. kalu demo tunggu waye

    kawe tgg kat torrent

    x dop maso + teman nk gie tgk wayang
    pauhputik´s last blog ..Oh Anak Gadis My ComLuv Profile

  10. selagi line tenet mcm siput sedut,selagi tu la aku tak nak gune torrent ni. huhu
    finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2 My ComLuv Profile

  11. owh yang pertama best woo… Yang kedua neh mestia ag best… huhu.. xsbr doh..

  12. same2 la kita nantikan… gempak punye lah. bole lyn 3 kali lg kalo mantop. huhu
    finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2 My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled