Kegilaan sistem operasi Windows 7 semakin menjadi-jadi sejak kehadirannya dilepaskan secara rasmi di seluruh dunia pada 22 Oktober lalu. Maklum balas pengguna terhadap sistem operasi terbaru dari Microsoft ini banyak memberikan gambaran positif berbanding sistem operasi sebelumnya iaitu Vista. Ternyata keluhan pengguna terhadap sistem operasi sebelumnya banyak menambah baik sehingga terciptanya Windows 7 yang dikatakan mempunyai prestasi mirip Windows XP malah lebih baik lagi.
Sudahkah anda semua mencuba sistem operasi terbaru Windows 7? Apa yang boleh aku katakan,ia memang terbaik setakat ini. Bagi yang sudah mencuba,anda pasti tak akan menyesal kerana prestasinya yang begitu mantap. Anda boleh perhatikan tema yang disediakan agak menarik,ditambah wallpaper yang unik belaka. Jika anda berminat anda boleh melawat laman web rasmi Microsoft untuk mendapatkan tema & wallpaper terbaru atau anda boleh muat turun sendiri secara ‘online’ melalui bahagian ‘personalize’ di komputer anda.
P/S : Untuk ketahui harga semasa bagi pakej-pakej windows 7 anda boleh rujuk blog sahabat Amanz.my.
P/SS : Untuk ketahui cara format komputer & ‘install’ windows 7,anda boleh rujuk blog sahabat Killvearn.com.
P/SSS : Untuk dapatkan tema & wallpaper lain,anda boleh lawat laman ini, Windows7-wallpaper.com.



October 27th, 2009 at 12:12 PM
hohohoh windows 7 memang best
theme pom lawa2….
matju2509´s last blog ..Router
October 27th, 2009 at 12:19 PM
mantop la katekan…huhu