
Salam lebaran pada anda semua. Pada masa artikel ini ditulis,begitu banyak undangan rumah terbuka daripada rakan-rakan sekerja. Begitu mengujakan kerana aku akan dapat makan ‘free’ la gamaknya. huhu. Tapi itu bukan isunya untuk artikel kali ni,tetapi apa yang lebih menggembirakan aku adalah dengan kehadiran gajet baru iaitu telefon bimbit Nokia 5800 Xpressmusic yang baru sahaja dibeli bagi menggantikan yang lama. Buat pertama kalinya,agak terasa kesukaran untuk menggunakannya,maklumlah baru lagi. he. Tak dapat lagi membiasakan diri dengan telefon baru ni kerana elemen penarik utama ialah kecanggihan skrin sesentuhnya dan aku nak berkongsi sedikit ciri-ciri yang terdapat pada gajet canggih ni. (Agak ketinggalan zaman nak wat ‘review’. huhu)
Gajet ini menawarkan kemudahan menaip sms sama ada menggunakan papan kekunci maya QWERTY yang lebar atau pun juga mini. Didatangkan dengan lengkap pen ‘stylus’, ‘stylus’ plectrum, 8GB MicroSD card, ‘wrist strap’,mini DVD, buku manual dan USB ‘cable’. Model ini menawarkan 3 edisi khas iaitu warna merah,biru dan yang terbaru ‘silver’. Aku rembat edisi merah sebab warna yang agak ‘striking’ dan memberi semangat pada aku untuk melalui kehidupan yang semakin mencabar kini. hehe.

- QWERTY touch screen
Uniknya terdapat satu ‘button’ yang menghimpunkan beberapa fungsi yang agak penting seperti muzik, imej dan video, perkongsian dalam talian, pusat video dan internet. Ia merupakan jalan singkat yang memudahkan pengguna tanpa perlu menekan ‘button’ yang banyak sekaligus memanjangkan jangka hayat skrin sesentuh pada gajet ini. Anda pasti tersenyum lebar apabila skrin gajet ini juga turut lebar besarnya. ‘luv it’

- Quicklaunh button for entertainment
Teknologi sensor yang terbina di atasnya itu berfungsi menjadikan skrin sesentuh pada gajet ini dikunci automatik apabila menerima panggilan daripada sesiapa. Pengguna tidak akan dapat menekan atau tertekan pada skrin sesentuh apabila telinga pengguna mendekati sensor tersebut.

- proximity sensor
Satu lagi sensor iaitu sensor cahaya yang berfungsi sebagai pemangkin apabila keadaan sekeliling agak gelap,maka ia akan mencerahkan skrin dan membantu penglihatan pengguna terhadap skrin gajet ini. Begitupun, berdekatannya terdapat kamera khas untuk 3G iaitu fungsi panggilan video yang agak popular digunakan pada masa kini. Melihat orang tersayang pada jarak yang sangat jauh bukan lagi penghalang pada zaman yang serba canggih ini. he.

- light sensor technology
Gajet ini dilengkapi dengan kamera dalaman 3.2 Megapixel rekaan Carl Zeiss,ditambah dengan kecanggihan autofokus dan ‘dual LED flash’. Kemudahan ‘button’ yang tersedia pada sisi untuk menangkap gambar dan merakam video pada saat diperlukan. Anda dapat perhatikan,ketebalan gajet ini agak sedikit kurang menarik kerana ia tidaklah senipis seperti gajet ‘iPhone’.

- capture key
Di sisinya terdapat 2 slot yang agak penting yang bertujuan memudahkan pengguna menukar dan memasukkan simkad dan kad memori tanpa membuka belakang gajet tersebut dan ini menunjukkan ia amatlah mesra pengguna. Percayalah, berbaloi memiliki gajet seperti ini. Ramai yang menggunakan gajet ini sebagai medium untuk berblog.

- Simcard & Memory slot



October 3rd, 2009 at 5:20 AM
huyoooooo semat telepon baru demo
kawe dari dulu lagi pakai nokia 7600
x dop pitih nok tukar….
matju2509´s last blog ..M Copy File 4.0
October 3rd, 2009 at 7:02 AM
Blom ade rezeki lagi tu bro. Kalo dah keje nanti,ko beli la pape pun. hehe
October 4th, 2009 at 1:23 AM
waaaaaaaaaa…..
hp baru tue….
heeee….
jaga elok2…jgn smpai dikebas org…
hp sno0p dah kena kebas da…………….:(
sno0p´s last blog ..4 Exercises to Sharpen Your Brain
October 4th, 2009 at 2:24 AM
Ha? fon snoOp yg ilang tu model cmni gak ke?
waduh…panas gak la fon ni yek… kene tmbh security la cmni.
finalcross´s last blog ..Nokia 5800 XpressMusic finally mine!
October 7th, 2009 at 1:42 AM
kwn2 aku dh ramai pakai hp ni…best gak tngk…ada gak ug dh nk jual plak…tapi aku kurang minat dgn jenis2 mcm ni….
syinrayafa´s last blog ..Acer TravelMate 6291
October 7th, 2009 at 10:16 AM
hahaha. Aku beli pun skadar nk testing fungsi skrin sesentuh dia je. Skrin dia plak bsr bole thn,tngok video syok plak. He
finalcross´s last blog ..25 Beautiful collection of rainbow style & colour wallpapers
November 22nd, 2009 at 5:39 PM
install Garmin GPS
November 23rd, 2009 at 9:30 AM
yup,itu satu keperluan yg sgt penting.
finalcross´s last blog ..11 best online video converters.
December 5th, 2009 at 8:06 AM
skg klu zitron or avaxx set brp ye ?
mcm bes je tp rase nye xde bajet T.T
Xylence´s last blog ..Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? )
December 5th, 2009 at 4:57 PM
zitron skrang dlm 1200 da dapat kalo kat JB.
January 31st, 2010 at 6:19 AM
harge die brape??
January 31st, 2010 at 2:29 PM
utk mase skrang,kalo JB,harge da jatuh ckit. Dlm 8++ da bole dpt utk AP set.
finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2