
Anda semua kenal dengan alat permainan LEGO yang terkenal di kalangan kanak-kanak? Bagi yang sudah melupakannya,aku ingin bercerita sedikit mengenainya. LEGO merupakan alat permainan kanak-kanak yang berkonsepkan pembinaan sesuatu struktur tak kira sama ada bangunan,robot,benda atau lain-lain. LEGO berasal dari negara Denmark yang diasaskan oleh Ole Kirk Christiansen. Terdapat pelbagai jenis warna & saiz LEGO yang boleh didapati di pasaran sekarang ini yang bertujuan meningkatkan daya imaginasi individu.
Teringat zaman kanak-kanak dulu,berebut nak main LEGO punya pasal dengan adik beradik. Masing-masing tunjuk bakat bina robot. hehe. Anda semua tak tahu la pernah main LEGO ke tak… LEGO sangat sinonim dengan kanak-kanak, namun ada orang dewasa yang begitu taksub dengan LEGO ni sehingga tercetusnya idea kreatif & imaginasi yang tak dapat kita gambarkan dan terhasilnya suatu ciptaan yang begitu mengagumkan. Nathan Sawaya ialah seorang artis yang berasal dari New York mempunyai minat yang mendalam terhadap seni LEGO dengan menghasilkan karya-karya gergasi dengan hanya menggunakan blok LEGO.
Beliau mula membina secara serius sejak di awal tahun 2002 sehingga sekarang,banyak karya-karya gergasi menggunakan blok LEGO telah pun terhasil. Apa yang mengagumkan adalah ketelitian beliau dalam menghasilkan suatu karya tanpa rasa jemu sehingga ianya siap sepenuhnya. Beliau yang mempunyai studio seni sendiri kini memiliki & menyimpan lebih 1.5 juta blok LEGO. Rekaannya yang kreatif telah membawa fenomena baru & mengubah persepsi dunia bahawa LEGO bukanlah alat permainan semata-mata tetapi ia merupakan cabang seni yang harus diterokai melalui daya imaginasi individu itu sendiri. Berikut merupakan sedikit hasil karya gergasi beliau yang dipamerkan…

Life Size Replicas

Big Bear

Heartfelt

Cello

Brooklyn Bridge

T-Rex

Big Pencil

The Liberty Pedestal

Pluto, the Black Cat

Mt. Rushmore Replica



November 1st, 2009 at 4:55 AM
Memang unik dan kreatif siapa yang membuatnya
zool´s last blog ..Bodohkah Bela kucing ?
November 1st, 2009 at 11:13 AM
pernah jumpa dekat penang blog menggunakan warna seakan2 lego…cuma besar je..
syinrayafa´s last blog ..Bloggers Tee : Dah sampai dah…
November 1st, 2009 at 2:29 PM
owh,ye ke. cam best je…
November 2nd, 2009 at 10:50 AM
sgt teliti tu…dasat tol diorg ni.