inside

Baru-baru ini, aku ada pergi ke Karnival Orkid & Bonsai di Pusat Konvensyen Danga Bay.  Pada mulanya rasa berat nak pergi tapi dalam hati rasa rugi pula. Maklum la,jarang ada ‘event’ besar yang melibatkan dengan negara luar ni. Karnival yang aku dah pergi tu merupakan pameran yang sangat dinanti-nantikan oleh penggemar bunga orkid & pokok bonsai.

Karnival tersebut telah pun membuka penyertaan dari pelbagai negara antaranya China,Thailand,Jepun,Korea Selatan dan banyak lagi. Masing-masing mempamerkan kreativiti mereka menghias lanskap dengan menggunakan bunga orkid yang terdiri daripada pelbagai spesis. Suasana yang penuh dengan warna-warni bunga orkid sepanjang pameran ini begitu mengujakan aku selaku pencinta alam.Begitu indah sekali bunga-bunga orkid yang ada di pameran tersebut. Sejuk mata aku memandang,jiwa pun tenang. hehe.

Disamping pameran bunga orkid,terdapat pelbagai pokok bonsai yang unik & menarik juga. Pokok bonsai yang ada di pameran tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk sehingga ada di antaranya boleh dianggap pelik, namun ia tetap dianggap sebuah pokok yang unik. Ada yang berdaun lebat,ada pula yang tinggal ranting sahaja. Macam-macam ada. hehe. Aku pun tidak melepaskan peluang melihat keunikan orkid & bonsai dan terus mengambil gambar kenang-kenangan sebagai simpanan aku sendiri. Di sini aku mahu berkongsi sedikit gambar bunga orkid,pokok bonsai & lanskap yang menarik yang aku ambil menggunakan kamera telefon Nokia N78 kepada anda semua. Tidaklah secantik mana tetapi cukuplah sekadar untuk tatapan anda semua.

PERHATIAN: Harap anda semua sabar menanti untuk gambar-gambar di bawah ‘loading’. TQ.

Bookmark and Share
Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply

CommentLuv Enabled