
Mungkin agak ketinggalan untuk menceritakan serba sedikit ‘workstation’ aku yang baru ni. Maklum la,dah tersimpan lama kat dalam ‘draft’ ni. PC baru ni aku beli pada tahun lepas sempena ‘PC Fair 2009′ di Kompleks Persada,JB. Bermodalkan RM1000,aku beli secara berasingan komponen-komponen penting untuk melahirkan sebuah PC baru yang boleh beroperasi mengikut cita rasa aku sendiri. Opps,LCD monitor & speaker tidak termasuk dalam kos yang disebutkan kerana aku dah ‘standby’ awal beli pada pertengahan tahun lepas sebagai persediaan melahirkan PC baru. hehe.
Kos keseluruhan untuk menghasilkan ‘workstation’ aku yang agak selesa ni menelan belanja sehingga RM1800. LCD monitor aku berjenama HP 2009F berharga RM600 & speaker jenama Sonic Gear EVO 7 berharga RM100. Selebihnya tambahan aksesori seperti mini keyboard,USB hub, ‘plug extension’ dan lain-lain. Cukup selesa membuat sebarang kerja & melayari internet menggunakan PC baru aku ni dengan kelebaran LCD yang begitu mengasyikkan walaupun menelan kos agak tinggi sedikit untuk pertama kalinya.
Berikut aku senaraikan komponen-komponen yang aku beli dengan modal RM1000:
- Intel Pentium Dual-Core E6300 2.80GHz Processor
- ASUS P5P41D Motherboard
- Gigabyte Nvidia 9400 GT 1GB DDR2 Graphic Card
- Corsair 2GB DDR2 Gaming Memory RAM
- Western Digital 320GB Hard Disk Drive
- Power Logic Modena X2200 ATX Casing with power supply

Gambar di atas menunjukkan komponen-komponen yang belum dipasang lagi.

Yang ini pula hasil penat lelah selama 1 hari gak memasang,baru la jadi camni. (Sengal la katakan)
‘Casing’ yang agak puas hati bagi aku. Agak moden reka bentuknya walaupun sedikit besar.
Prosesor yang telah menjadi pilihan hatiku setelah lama berfikir. huhu
‘Motherboard’ yang berjaya menarik hati aku untuk membeli dengan harga yang agak murah la.
‘Graphic Card’ Nvidia tetap aku pilih kerana aku bukanlah ‘gamer’ tegar tetapi sekadar bermain PES 2010 je dengan beberapa game strategi lain.

Pakej ‘RAM’ yang berpatutan dengan harganya.

Inilah LCD monitor HP aku yang baru,yang memenuhi citarasa aku untuk melakukan aktiviti ‘surfing’ dan sebagainya. Walaupun pada awal pemasangan PC ni aku mengalami sedikit tekanan mental namun berjaya gak aku setelkan berkat pertolongan dari rakan blogger iaitu saudara Qiilans87. Terima kasih ye saudara. Yoshhh!







March 3rd, 2010 at 3:07 PM
nape xbeli yg dh pasang siap ek?
March 4th, 2010 at 3:56 PM
Aku sebenarnya nak bereksperimentasi utk pasang sendiri spy aku boleh blaja ape yg aku tk tau. Hasilnya mmg puas ati bile beroperasi dgn baik. Lg 1,aku boleh pilih komponen mane yg aku suka sehingga menjadi sebuah PC baru. hehe
March 7th, 2010 at 7:02 AM
Monitor HP tu 20″ kan? kenapa mahal sangat…
patutnya dalam range tu dah boleh beli 22″ atau up sket 24″ full HD
EiNS´s last blog ..Gadis Hilang – tolong sebarkan berita ini
March 7th, 2010 at 7:12 AM
tu harga utk skrang dpt bro tp aku beli monitor tu time pertengahan thn lps. harga monitor time tu msih up lg. ujung thn lpas & awal thn ni je harga br turun. rugi kn…
finalcross´s last blog ..Dark Knight sebagai PC baruku
March 17th, 2010 at 12:31 PM
Assalamulaikum,bro mantoplah bagus2.. pasang sendiri i like.. you skill.. pasang sendiri lepas 2 belajar dari kesilapan.. x gitu bro??
March 18th, 2010 at 1:31 AM
Salam…yup. tu pun ngan bantuan saudara blogger Qiilans87. kalo tk,mmg tk idup2. huhu
finalcross´s last blog ..Dark Knight sebagai PC baruku
March 24th, 2010 at 2:41 PM
mantap abis ni…napa tak rembat mohterboard gigabyte gak…baru best…hehe
mohdisa´s last blog ..Antara Ada Dan Tiada Rezeki
March 25th, 2010 at 5:25 AM
Aku prasan ASUS lg murah drp gigabyte utk spec yg same,tu yg aku sambar ASUS. Lebih ekonomi katenye. huhu
finalcross´s last blog ..Dark Knight sebagai PC baruku
April 14th, 2010 at 2:38 AM
Aku pun dulu macam ko gak bro,beli asing-asing then pasang sendiri,seronok gak bila pc tu dah siap hasil kerja kita sendiri
wazy´s last blog ..Contest Hidup Untuk Memberi Dan Menangi Acer Aspire One Percuma
April 14th, 2010 at 10:25 AM
yup,btol tu. mase error sblm ni,wat skt ati je tp bile da siap beroperasi,lega rase. hehe
May 25th, 2010 at 2:43 AM
aku teringin nak belajar pasang pc sendiri..macam best je..
aizuddin´s last blog ..Logo Crocs Yang Menyerupai Kalimah Allah?
May 26th, 2010 at 7:33 PM
Kamu harus try bro…kite msti blaja dari kesilapan. Aku psg pun sblm ni memula tk nk idup tp ngan bantuan saudara Qiilans87,aku berjaye gak…ngeh3