
Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua warga Malaysia (belum terlewat lagi rasanya). Entri kali ini, aku ingin memfokus kepada ‘font’ percuma yang tersedia pada laman-laman yang aku tanya pakcik Google. Anda bosan dengan ‘font’ sedia ada? Anda boleh lihat & pilih untuk ‘font’ yang anda minati di sini. Terdapat pelbagai gaya ‘font’ menarik yang patut anda cuba. Bagi yang gemar memanipulasi imej menggunakan ‘Adobe Photoshop’,anda pasti tidak akan rugi menggunakan ‘font’ percuma ini bersama. Dengan ini aku senaraikan ‘top 10′ ‘font’ percuma yang patut anda terokai di bawah ini. Luaskan imaginasi anda dengan ‘font’ percuma ini dengan gabungan perisian ‘Adobe Photoshop’! Yoshhh!
Baca Lebih Lanjut…
Posted by finalcross | Posted in Websites | Posted on 01-12-2009

Twitter boleh membenarkan kira-kira 140 huruf sahaja dalam penghantaran sesuatu mesej. Itu merupakan satu kelemahan yang ada pada sistem servis twitter. Namun ia tidak menghalang pengguna dari menghantar mesej yang panjang terutamanya untuk memasukkan suatu ‘link’ kerana dengan kewujudan servis pihak ketiga yang menyediakan sistem memendekkan URL,ia amatlah memudahkan pengguna twitter. Para pengguna tidak perlu lagi memasukkan URL yang panjang kerana keberkesanan sistem tersebut telah menjimatkan huruf dalam ruangan mesej yang tersedia.
Baca Lebih Lanjut…
Posted by finalcross | Posted in Websites | Posted on 16-09-2009

Adakah anda tercari-cari mana hendak dapatkan software percuma dalam internet? Anda cari antivirus? Anda cari ‘driver’? Aku permudahkan untuk anda semua dengan paparan kali ini lebih menjurus kepada laman-laman untuk memuat turun software-software yang anda kehendaki. Laman kegemaran aku untuk memuat turun software adalah Filehippo.com. Pada aku laman tersebut yang begitu ’simple’ & ‘updated’ yang menyebabkan ia jadi pilihan aku. Aku tampilkan sekali hasil carian pelbagai laman untuk memuat turun mengikut kehendak anda.
Baca Lebih Lanjut…
Posted by finalcross | Posted in Websites | Posted on 14-09-2009