Tahun baru 2010 kian menjelang tiba. Anda semua sudah ada azam baru? Tanamkan azam baru anda sekarang juga. Aku dah ada azam & azam aku tahun 2010 ialah mahu mengumpul harta lebih banyak lagi (Maklum la mata duitan aku ni) & dikurniakan kesihatan yang lebih baik,Amin. Sempena dengan tahun 2010 juga,aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua & mohon ampun maaf jika terdapat kesilapan. Kepada rakan-rakan blogger, ribuan terima kasih diucapkan kerana telah banyak memberi nasihat & tunjuk ajar tentang dunia blogging ni sehingga aku jadi celik sikit & tak lupa juga kepada yang memberi komen di laman ini. Jasa anda semua tidak akan saya lupakan.
Kegilaan sistem operasi Windows 7 semakin menjadi-jadi sejak kehadirannya dilepaskan secara rasmi di seluruh dunia pada 22 Oktober lalu. Maklum balas pengguna terhadap sistem operasi terbaru dari Microsoft ini banyak memberikan gambaran positif berbanding sistem operasi sebelumnya iaitu Vista. Ternyata keluhan pengguna terhadap sistem operasi sebelumnya banyak menambah baik sehingga terciptanya Windows 7 yang dikatakan mempunyai prestasi mirip Windows XP malah lebih baik lagi.
Hello…Entri pada kali ini,aku ingin berkongsi hasil pencarian aku terhadap wallpaper bercorak pelangi yang cun-cun belaka. Dengan senang hatinya,aku kumpulkan beberapa wallpaper bercorak pelangi yang cun dalam entri ini khas untuk anda semua. Pilihlah yang mana berkenan di hati dan jadikan wallpaper pilihan sama ada di laptop atau desktop anda. Koleksi wallpaper yang dikumpul ini rata-rata di cari di laman deviantart.com dan epicwallpaper.com. Aku tampilkan yang aku rasa cun & agak menarik pada diri aku. Jadi terserah pada anda untuk memilih kesukaan masing-masing.






