
Entri kali ini ingin mengetengahkan bakat luar biasa yang ada pada pemuda yang berasal dari Minnesota,Amerika. Apa tu ‘Owl City’? ‘Owl City’ merupakan nama komersil atau nama glamor pemuda gambar di atas iaitu Adam Young. Siapa pula dia? Jawapannya mudah,seorang manusia biasa yang hanya berumur 23 tahun, namun dikurniakan bakat yang luar biasa dalam mencipta lirik & lagu yang sangat menenangkan jiwa & membawakan maksud yang tersirat.
Pemuda ini lebih dikenali melalui Myspace pada awalnya kerana mempunyai ramai peminat yang memainkan lagu ciptaannya sendiri sekaligus mempengaruhinya untuk mencipta lebih banyak lagu lagi. Anda boleh lihat laman Myspace miliknya. Bermodalkan bakat yang ada, Adam Young akhirnya berjaya memikat syarikat rakaman di bawah label Universal Republic dan berkat usahanya Adam Young berjaya memanjat carta ‘U.S. Billboard Hot 100′ dengan ‘single’ hitnya iaitu ‘Fireflies’.
Lagu ciptaannya yang berkonsepkan pop & ‘electronica’ banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ‘disco’ & ‘European electronic music’. Pada mulanya aku tak kenal siapa la dia ni. Tanya pakcik Google baru tahu yang dia ni tengah popular di USA sekarang ni. Lagu dia pula,pada awal melodi dengar rasa tenang je. Betul-betul boleh mengubah ‘mood’ menjadi baik dan bersemangat,pada pendapat aku la. Untuk ketahui lebih lanjut tentang Adam Young bolehlah lawat laman beliau iaitu www.owlcitymusic.com. Kesempatan ni juga aku kongsikan dengan anda semua lagu-lagu beliau yang fantastik termasuk lagu hitnya.
- Fireflies *Hit single*
- Sunburn
- Hot air balloon
- On the wing
- The saltwater room
- Designer skyline
- Vanilla twilight
- Cave in
- Meteor shower
- Rainbow veins



March 9th, 2010 at 2:34 AM
favorite ni..
March 9th, 2010 at 3:35 PM
yup…lg2 fireflies. harmoni btol bunyi dia…
finalcross´s last blog ..Dark Knight sebagai PC baruku